Pakej grid dipakai untuk membuat grafik secara asas membolehkan pemakaian aturcara dan peraturan yang lebih anjal mengikut kemahuan sendiri. Ia juga boleh dipakai untuk mengatur kedudukan grafik. Fungsi penting yang dipakai ialah:

viewport dipakai untuk menetapkan kawasan grafik. Fungsi viewport() digunakan untuk tujuan ini. Contohnya:

library(grid)
vp1 <- viewport(x = 0.5, y = 0.5,
                width = 0.2, height = 0.4,
         just = c("left", "bottom"),
         name = "vp1")

grid.show.viewport(vp1)
Figure 1: Grid view

Figure 1: Grid view

Operasi ini bermaksud viewport diletakkan di tengah-tengah mukasurat melalui koordinasi x = 0.5 dan y = 0.5. Unit yang dipakai ialah npc atau “Normalised Parent Coordinates” yang menggunakan lokasi kiri bawah (0,0) dan kanan atas (1,1). Lebar dan tinggi juga ditetapkan dengan unit yang sama. Sekiranya ingin menukar unit boleh menggunakan cara unit(2, "cm"). Penggunaan just untuk menetapkan dimana koordinasi viewport sebelum meletakkan grob. Contoh di atas meletakkan titik koordinasi x dan y di bawah kiri c("left", "bottom") grob.

grid  plot 
comments powered by Disqus