Secara umumnya penggunaan loop tidak disarankan di R kerana ianya akan mengunakan banyak memory dan memakan masa yang lambat. Akan tetapi data.table menperkenalkan fungsi set
untuk mempercepatkan proses. Asasnya ialah sebegini:
set(dt, i, j, value)
Contoh pemakainnya bila ingin menukarkan NA
ke angka yang diinginkan sepert 99.
for (j in seq_len(ncol(DT))){
set(DT, which(is.na(DT[[j]])), j = j, value = 99)
}
Contoh lain bila ingin membersihkan whitespace disemua kolom di data.table boleh dibuat seperti begini. class
dipastikan sebagai character dahulu, kerana sekiranya integer atau nummeric maka ia tidak valid.
for (j in seq_len(ncol(DT))){
if(class(DT[[j]]) == 'character')
set(DT, j = j, value = trimws(DT[[j]]))
}