First publish date: 02.09.2019
Ini ialah beberapa penggunaan asas R yang amat berguna walaupun jarang dipakai. Antaranya:
Pasang pakej
Cara biasa untuk pasang pakej ialah menggunakan install.packages()
. Tetapi sekiranya ingin memasang banyak pekej secara serentank dan memuatkan di R setelah pakej dipasang, cara begini boleh dipakai:
list.of.packages <- c("leaflet","ggplot2","dplyr","gridExtra","psych","data.table","sf","ggrepel")
new.packages <- list.of.packages[!(list.of.packages %in% installed.packages()[,"Package"])]
if(length(new.packages)) install.packages(new.packages, repos = "https://cloud.r-project.org/")
sapply(list.of.packages, require, character.only = TRUE)
Untuk pasang satu pakej boleh juga buat sebegini:
if(!require("rreg")) {install.packages("rreg")} else {require("rreg")}
Cara ini akan periksa sekiranya pakej rreg
belum dipasang makan akan dipasang,
sekiranya sudah ada maka akan diaktifkan.
Pasang pakej dari Github
Untuk senang pasang pakej dari Github boleh guna pakej devtools
. Boleh baca sini untuk guide. Singkatannya:
library(devtools)
install_github("ybkamaleri/norgeo")
Untuk pasang dari branch
tertentu contohnya branch dev:
install_github("ybkamaleri/norgeo@dev")
Sekiranya package disimpan di subdirectory both pakai
install_github("ybkamaleri/norgeo", subdir = "fhi")